Awak mungkin jenis perempuan yang boleh mencintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan…
Kita hidup sekali,mati sekali dan menyintai sekali..
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..
Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak..
Awak,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, ini lah jawapan saya :
“Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya….
“dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini….’
Semuanya untuk awak…
Seseorang telah berkata,
“if you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place’
Awak,
Kerana saya menCINTAi awaklah saya terus di sini. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan merasai saya di sisi awak. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak,
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan ada di samping saya. Itu adalah harapan saya dan saya berharap ketentuan tuhan pada saya, saya percaya, mungkin ia yang terbaik.. Awak, jangan letih menyintai saya. Tolong awak, jangan pernah sakiti hati saya. Saya sayang awak selamanya
Yang Benar
Ms Cekelat
0 comments:
Post a Comment