Blogger news

Wednesday, 12 September 2012

BUAT-BUAT BODOH



Woiii bodoh!!!..

korang marah tak kalau ada yang panggil korang macam tu?..mestilah marahkan, orang pekak je la agaknya yang tak marah kan..hehe.. tapi kalau orang pekak tu pandai baca, dia pun akan marah sebab reti baca signboard tu. wakakakkakaaa

Biasanya orang yang dianggap bodoh akan mudah di buli oleh orang lain disebabkan kebodohannya tetapi aku pasti tidak ramai yang akan mengaku bodoh walaupun sering di anggap bodoh. Kalau disebut atau di gelar bodoh sombong itu pun termasuk juga dalam kategori bodoh, dah la bodoh sombong pulak
..ishhh...

Macam mana pulak dengan buat-buat bodoh? pernah dengar? kalau korang tak pernah dengar, meh sini aku kasi tahu. Maksudnya seorang yang menganggap dirinya bukanlah bodoh tapi sengaja buat-buat bodoh atas sebab-sebab dan tujuan tertentu. Siapa?Akulah orangnya hehehe..aku rasa aku ni taklah bodoh tapi aku lebih memilih buat-buat bodoh dalam situasi kini.
tapi kenapa?
mestilah ada sebabnya aku buat macam tuuu...
Sebabnya aku nie berpikir bijak dari kau!!! Aku malas kau peralatankan aku  dengan kemahiran aku ada, bagus nyer aku buat2 bodoh daripada aku buat2 pandai macam kau wahal kau buat tu semua kerja BODOH !!! ambik kau... wei, aku nim sekadar nak ingatkan diri aku, bertindak atas arahan dan fakta bukan bertindak atas emosi yang TAK ADA MATLAMAT.

Dalam mempelajari dan mendalami berbagai perkara inilah yang sering aku praktikkan untuk mencungkil sebanyak mana ilmu, tips atau info dari orang lain.Memang benar kita boleh mendapat ilmu melalui pelajaran di sekolah atau kita boleh mencarinya di dalam internet atau buku bacaan tapi tidak semua kita akan dapat dan fahaminya dengan mudah. Kefahaman kita akan menjadi lebih mudah berdasarkan apa yang kita lalui dan praktikkannya dalam kehidupan kita dan itulah yang dikatakan sebagai pengalaman.

Ramai yang aku perhatikan lebih gemar berlagak pandai padahal apa yang dia tahu hanyalah perkara asas sahaja tapi cakap macam dah tahu segalanya. Sikap ini sebenarnya merugikan diri kita juga sebab pengetahuan kita hanya terhad di situ saja. Dalam mencungkil atau mendalami ilmu pengetahuan bukan semua orang bersedia untuk berkongsi pengetahuan atau ilmunya dengan kita lebih-lebih lagi seseorang yang berjaya memperolehi ilmu tersebut melalui pengalamannya sendiri.

kes BODOH sombong
Sebagai contoh kat opis aku ni, adalah si jenab tu , baru masuk, tapi berlagak nyer bukan main lagi... kau ingat ijazah kau tu besar sangat ke nilai nya ? 

Meh sini !
Terangkan kat aku kenapa aku nak respect kau tu... 
kau ada pelajaran ke? aku pun ade !!! 
kau ada kepandaian ke? aku pun ade !!! 
kau punya pointer 3.20 ? aku lagi lah 3.78 relax je !!! 
kau ada kereta? aku pun ada
kau ada pengalaman kerja bertahun2? aku pun ade dan mungkin pengalaman aku lebih sikit dari ko!!! 
kau ada kemahiran ? aku ade !!! kau ade? kau ade pengetahuan berapa peratus untuk support kerja aku? kalau setakat 10 % itu pun sekadar teori je, baik ko diam2 sana.. baik ko belajar curi ilmu aku dengan cara baik... kau ingat aku nak curahkan ilmu aku nim dengan senang2?  
orang berbudi, kiter berbahasa dan kalau orang tak reti2 bahasa 
..pergi lah mampus.. 
ade aku kesah? 
..........wakakakakaa....
Aku tak rugi apa2 pun.. gomen tetap bayar gaji aku macam biasa !!! 
puiiihh

Ramai yang berpendapat kalau kita buat bodoh nanti kena tipu dan kita pun tak suka orang anggap kita ni bodoh kan? dan kalau kita bodoh tapi berlagak pandai lagi suka dia orang tipu, minta di jauhkan aku jumpa orang macam nim... Penat sudah aku jumpa orang melayu macam nim.. nim baru lah betul orang kata "BODOH SOMBONG !!" apa lah lagi, cara terbaek aku "Buat2 Bodoh" kepada orang tersebut. Dari aku baik2 nak curahkan ilmu aku terus aku buat seperti Nabil "lu pikir la sendiri".. 
....la la la...

Itu adalah salah satu contoh pengajaran yang aku rase suai dengan timbal balik perlakuan kamu... sila lah duduk di takuk
"BODOH SOMBONG" kau ea... ada ijazah pun tak guna kalau tak reti guna otak... zaman sekarang nim orang fikir cara kreatif selesaikan masalah... bukan asyik ikut buku teks !!! kekadang kehidupan ini perlu di ubah suai mengikut keadaan semasa..

Kes Buat-buat bodoh
Contoh lain yang paling mudah seperti kita pergi ke pasar. Kita dah tau ikan yang dah pecah perutnya mestilah ikan tu dah tak elok kan? tapi tak ada salahnya kalau kita buat-buat bodoh dan bertanya " ikan ni elok lagi ke? " dan kemudian tauke ikan tu jawab " elok lagi laa.. lu tengok dia punya insang merah lagi woo..dia punya perut pecah sebab ini ikan tak tahan " kita tanya lagi " tapi kenapa ikan lain perutnya tak pecah?" dan dia akan jawab " ikan lain baru lagi maa..ini ikan kalau lambat sikit memang tak tahan punya dia punya perut senang pecah.. lu sukala mana mau angkat "..haaa!! kan dah kantoi tu dan kita juga dapat belajar satu perkara iaitu ikan yang pecah perutnya dah tentu ikan yang lama..kan?

Itulah antara contoh bagaimana aku belajar dan mengutip pengalaman serta membina keyakinan dalam banyak perkara. Mungkin korang juga ada cara korang sendiri kan? tak kiralah apa jua caranya yang penting kita dapat belajar bermacam perkara supaya kita tidak mudah di tipu kerana zaman sekarang ada yang belajar untuk menipu dan ada terus belajar agar tidak tertipu..

Korang pilihan lah haluan tersendiri, samada korang nak jadi
BODOH SOMBONG
atau
BUAT - BUAT BODOH

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates