Blogger news

Saturday 30 June 2012

BerheNti SeketiKa Lalu MemBuat KeputuSaN sebELUm terleWaT

Ko orang tahu, entery ini  "Penuh Makna" bagi saya.. kali pertama saya membaca cerita ini lebih kurang 18 bulan lepas kot... tak ingat la... tapi sinopsis cerita ini terus meRESAP ke dalam otak dan sanubari saya... Lalu saya selalu perlahankan langkah seketika untuk membuat keputusan yang sewajarnya... jika keputusan itu harus meneruskan langkah... saya akan masukkan GEAR untuk teruskan perjalanan... jika perlu tarik hand break, saya lakukan ... jika perlu parking saya akan pastikan saya parking di kotak yang betul agar tidak resah menanti abe Majlis Bandaran memberikan surat chenta.. aduhaiii.. dah mula mengarut nie.. yuk lah baca cerita ini.....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih s...ayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Peringatan : Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. 


kopipes 
Jadikan pedoman
Cari jalan dgn MATA HATI
INGAT tu!!!

LayaNgan CEkeLeT






KOtaK CheNta seMpeNa Ari IstiMewa

Thursday 28 June 2012

PeRoSaK rAsE HaTi

Mungkin kau lupa
Mungkin kurang peka
Mungkin juga sengaja

Ya mungkin..
Segalanya kemungkinan
Jawapan hanya pada kau

Tapi kau
Telah hancur setiap rasa
Merobek luka lama
Jatuhkan air mata
Telah membuka jurang pemisah

Hanya kerana
Bait patah kata
Kisah lama kita kembali jelas

Semuanya meluka berdarah dan pedihnya tidak terluah
Kerana hanya dia sanggup bersuara tanpa memikir
Kesan derita punca dendam tak sudah

Dan
Tetap dianya belum sedar

Benci ini punya alasan satu sahaja
'Kamu jenis berkata2 manis wahai sayangku tanpa membuktikan'

Sedang kau lupa
'Aku juga boleh susun patah lagi berbinasa'

Tapi
Atas nama ikhlas dan tak mahu jadi punca
Lebih baik memilih berdiam tanpa suara

'lu cakap lu main tembak. maka terbunuhlah kasih sayang kita'
setelah itu adakah di kau bahagia?
JaWab !!! JAwaB !!!

Lalu boleh kah aku bertanya kepada kau?
Mengapa, kenapa dan apakah fungi tweet pada kau dengan BER-K itu?
Kenapa ada group rahsia?
Masih berTEXT bagaikah dengan perempuan Per0saK hubungan kita?

Maka beginilah jawapan kamu!!!!!

 
Jika Text suke2 Masih adakah perasaan sayang SenGGaL yang dikau mempropagandakan sehingga buat aku menangis? 
Jawab !!! Jawab !!! sebab aku tanya !!!!

Jadinya sayang kamu pada BER-K adalah gurauan semata? 
pa, nie tentang perasaan orang!!!!
mana boleh gurau2.. pk lah.....
secara tidak langsung kau adalah
"PeRoSaK rAsE HaTi ini"

" Soal Hati tiada undang2. Apatah lagi paksaan
itu ayat skema dalam skrip mana2 pun jua bila di utarakan dokumentasi realiti dan fantasi cinta... perghhhhhh 

Tiada kasih sayang yang lebih MANIS daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih NGERI daripada putus cinta!!! wow.... apakah kita ini sudah putus cinta? jika putus, kenapa kau masih menghantar mesej ucapan selamat mlm dan selamat pagi seperti selalu? Apakah ini petanda hubungan kita jangka hayatnya masih panjang dan lebih mantap lagi untuk merangkak terus BERKEKALAN?

Tapi aku jua tahu, soal cinta adalah soal hati... dan bagi pendapat peribadi aku, ia bukan soal jodoh!!! Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan jodoh kita.. Walaupun kita sayang akan seseorang itu, jika diperlekehkan cintanya adalah sukar untuk menuju langkah yang positif...betulkan? atau ko orang sanggup hidup ko orang dengan pasangan yang selalu berpura-pura? semalam mengukir pesanan indah mengatakan cinta kita tak akan mati, hari ini dia menangiskan kau dan esok menabur janji2 bahagia? lusa apakah pula? saat ini aku masih berfikir dan jawapannya telah di ungkaikan untuk merealisasikan matlamat VISI dan MISI kehidupan cinta.... PENAT dengan cinta penuh pendustaan ini... Adakah CINTA itu sesuatu habuk yang perlu di terbang2kan?

Bagi pasangan bercinta di luar sana, aku kat sini ingin menyuarakan pendapat aku, jika menyayangi hubungan yang di anugerahkan Allah, perlu di jaga dengan pergaulan bukan diperlekehkan dengan dunia khayalan semata2.. sana cakap lain, sini bilang lain.. 
Bak kata orang spore 
" ckp tak serupa bikin "

Mungkin ini adalah penutup coretan ini,
"Cinta tidak selalu bersama jodoh TETAPI jodoh selalu bersama cinta"

SayoNara Jodoh dan Cinta, cinta akan hidup dengan lambaian waktu dan pabila waktu itu tamat, maka matilah cinta itu... demikian dunia cinta bukan seperti mentari... pergi dan senantiasa datang kembali dengan waktu yang hampir sama berpaksikan CAHAYA sinaran

Wednesday 27 June 2012

Bagiamana jika kehilangan saya?


 
mama dah penat !!!!

Sunday 24 June 2012

Semuanya Tentang Aurat Saya, Saya Perlu Jaga

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut.


Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.
Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan2 perempuan, segeralah menasihati dan mengingatkan mereka agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.


Jika diperhatikan benar2 adalah sungguh tak marbeles kan tentang aurat didedahkan.... tapi ini lah pengkuan saya sebagai hamba Allah yang baru berjinak2 untuk meunutup aurat... moga ia akan kekal selamanya...amin

" Semasa saya belum bertudung dulu, saya rasa orang di sekeliling saya seakan TIDAK MENGHORMATI saya, Mereka bebas untuk mencuit-cuit bahu saya, duduk rapat-rapat, laga2 pipi bila menang anugerah sambil ketawa riang, berikan 5 jari bertepuk tampar semasa perlawanan bowling di adakan, salam dan kemudian laga2kan pipi di kiri dan kanan.. aduhaiiii TETAPI selepas saya mengenakan Hijab (bertudung), saya rasa LEBIH DI HORMATI... orang nak bergambar pun minta izin dan tidak terlalu rapat. Jika bukan mahram, tidak suka2 nak bersalam dan LEBIH SOPAN apabila mereka berbicara. SIYES, saya berasa AMAT SELESA dan selamat dengan identiti saya sekarang... TERIMA KASIH ALLAH kerna memberikan hidayah ini



Wednesday 20 June 2012

KeCewa DeNgan KeaDaan


... Saya tahu awak suka hujan , pada saya awak dan hujan banyak persamaan. . kedua - duanya kurniaan Tuhan yang mendamaikan , walau kadang , kelebatan hujan menyusahkan , kedinginannya saat kepanasan tetap kita inginkan , sama seperti awak , walau kadang2 , sikap awak melukakan dan kadang2 hadir awak lebih membahagiakan... tapi buat sekian kalinya saya mohon kepada awak, jangan buat kesakitan ini berpanjangan dan saya nak awak tahu, saya juga ade perasaan bukan boneka.... — at Hati yang Berharap :" Cintailah Aku Dengan Apa Adanya, bukan Ada Apanya. "
 Antara sebab2 yang anda perlu fikirkan :-
 

Tuesday 19 June 2012

PENGHARAPAN --> menyayangi --> MENJAGA hatinya

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.."


→ Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Saturday 16 June 2012

DeMi CiNTa








Tuesday 12 June 2012

BersaNgka BaIK KuNci TerheBat


Hidup ini ada pasang surutnya..
Kadang-kadang kita disayangi..
Kadang-kadang kita dibenci..
Biarpun tanpa sebab yang munasabah..


Jadi, ingat..







Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita..
Kerana Allah faham akan isi hati kita..
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita..
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH.. ^^

Rase Rindu





Sang Bidadari Kupu kupu
Jasad tak mampu meluahkan
Batin tak bisa meneruskan
Dan menyimpan sulaman kasih dan rindu

Siyes
Wahai sang rama-rama, awak tak rase ke yang sang kupu-kupu rindu sang rama-rama?

Sunday 10 June 2012

Puisi CINTA Saya

Aku bangunkan istana cinta diatas setia ku,
Aku lindungi dindingnya dengan kepercayaanku,
Aku teguhkan hati dengan ketulusan ku, 
Aku menciptakan kedamaian dengan kasih sayang ku,

Engkau adalah kekasih dalam hati ku, 
Sampai sekarang masih cinta terdalam hidupku,
Setiap helaan rindu dalam nafas ku,
Hadir CINTA dan RINDU yang tetap hidup dalam sanubariku.



bicara dongengan


Hai awak,
Gambar hiasan tu sama tak dengan diri awak?
Dari segi rupa sure lah tak sama.. 
Gambar ni encem manyak kan?
la la la
Tapi dari segi sifat berkata2 mungkin hampir sama..

Di sini saya ingin pesan pada awak,

" ..... perlahankan kata-kata @ sore dan berhenti bila perlu ...... "

Sekian pesanan saya buat hari ini..

Moga Allah berikan kesedaran kat awak ea bagi meneruskan perjalanan hidup kita, Insya Allah

Saturday 9 June 2012

MerEsaP PerkEnaLan KebaHagiAan

"Andai janji tak pernah dusta tak kan ada yang namanya kecewa"

"Andai Cinta Tak Pernah Mendua Tak Kan Ada Linangan Air mata"

"Cinta itu Tak Perlu JanJi Tapi Cinta Itu Perlukan BuKti Yang Pasti"

"Sejati Yang akan Kekal sampai Akhir Nanti, Insya Allah"
        

Tuesday 5 June 2012

Sekumtum Senyuman

;


P/s : Hidup ini akan terukir sekuntum senyuman seperti gerakan bibir yang ada gula lantas menerangi orang lain dengan selindung senyuman paling manis !!! opsssshhh, tapi janganlah hidup ini dengan senyuman seperti duri mencucuk diri dan bisa menyakiti orang lain dengan ukiran sekuntum senyuman

MATI ataw HIDUP cinta PeLaNGi

" MATI itu PASTI tapi.....HIDUP itu insyALLAH...

MATI itu di nilaikan dari pelbagai sudut seperti
* Mati PeRaSaaN dan JIwa
* Mati r0h dan JaSMaNi

HIDUP itu indah jika di lihat sudut sisi
* Hidup penuh warna warni  tapi harus di ingat, HIDUP bukan mcm pelangi, kerna pelangi itu indah tapi kejap shj boleh di lihat keindahannya.

Chenta PELANGI 

Pabila chenta telah menguasai minda dan merangkumi diri kita, chenta itu mampu mengubah segalanya. Yang bahagia menjadi sedih, yang sedih menjadi bahagia. Tawa dan tangis akan selalu mengiringi perjalanan chenta, namun apa pun yang terjadi chenta tetap menjadi pemburuan dan di buru oleh setiap orang. Chenta itu ibarat mentari yang terbit di kala siang hari dan tenggelam di kala malam hari. Perubahan adalah keabadian yang hakiki. Chenta adalah "irama kehidupan"... tanpa chenta hidup terasa hampa dan kosong. Oleh kerana itu, kehilangan chenta boleh melukakan hati. Siapa pun tiada mahu yang kehilangan kebahagian, itulah yang membuat chenta di campur aduk dengan tawa dan air mata... Yang pasti chenta itu indah jika jiwa di rasai dengan hati lalu di bisikan dengan menjaga pergaulan.

- My Chenta -

Monday 4 June 2012

A to Z ( Kisah Kita Sayang!!!! ) ♥







A
-
Allah itu satu






B
-
Biar aku turuti perintahnya






C
-
Cinta kepadamu papa di kalbu






D
-
Dia makhluk yang ku sayang, Ya Allah






E
-
Engkau permudahkanlah Jodoh kami, Amin






F
-
Fitnah, ugutan dan kelalaian ku pohon di jauhkan, Insya Allah






G
-
Garang sifatku, perghhhhh






H
-
Hantu pun takot, agaknyer la…






I
-
 U, PAPA ( Syed Amirull Aiman Bin Syed Azali Azrul )






J
-
Jangan main2kan dgn perasaan ku ini






K
-
Kalau papa curang






L
-
Laut itu milik papa..hahahhaaa






M
-
Meresap kasih sayang itu selamanya di hatiku






N
-
Namun, kita jauh dengan jarak tapi dekat di hatikan?






O
-
Ohhhh Tuhan,






P
-
Panglima hati itu adalah mata kasih sayang hamba,






Q
-
Qadaq qadar adalah penentuan






R
-
Rase ini di satukan, Insya Allah






S
-
Selami indah kehidupan kita






T
-
Tuk menjadi couple yang paling sweet






U
-
Untukmu dan untuk ku jua






V
-
Versi abad ke penghujung syurga






W
-
Walaupun banyak dugaan menghalang






X
-
X payah di pikirkan dengan otak nakal asalkan di bisikan doa kepadaNya






Y
-
Ya Allah, Satukan kami menjadi Kekasih Halal di sisiMu, Amin






Z
-
zZZZzzzzz YUK TIDO !!!!!!!

Sunday 3 June 2012

Air tangan Seorang Mak

Assalammualaikum Mak....

My mom is SUPER!!! tabik hormat, tabik selut kat mak saya..
Mak saya nim seorang yang penyayang sebenarnya, jika ia membebel tu tandanya mak saya sayangkan saya taw... cuba bayangkan jika mak saya tak nak lagi membebel kat saya? sure saya akan terasa SUNYI kan?.... hmmmm....

ko orang tahu, mak saya sebenarnya teror masak.... heheheee... bayangkan Apam balik pun mak saya buat semata2 untuk en suami terchenta... wah!!!! hebat!!!!! hehehheeee.....

Ramai orang cakap masakan mak/ibu/umie/mama sendiri adalah yang paling sedap, pendek kata memang tak boleh lawan la dengan mak/ibu/umie/mama orang lain, sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D... kan kan?

Tapi tahu tak kenapa awak sentiasa rasa masakan mak awak yang paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak, dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya di adun bersama rempah masakan tersebut... Perghhhh hebat nya mak saya nim...
(Moga saya akan ikot jejak langkah mak saya.... Impian saya nak masakkan sendiri buat mereka2 yang saya sayang!!!!!)

Tetiba dengan lajunyer saya berkata :
"kenapa sedap sangat ni mak masak?"

Lalu menjawab sang ibu : 
Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut dan orang lain rasa tak sedap, sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu

Wah!!!! Besh Besh Besh.....

Saya sayang mak saya !!!!!!!!!!

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates