Blogger news

Sunday 21 April 2013

It's Me




Saya orang nyer berkonsepkan "KeSederhanaAn". Kadang2 saya terlalu cerewat dan kadang2 ambil tak kesah sesetengah perkara bergantung kepada keadaan semasa. Saya suka mengukir senyum dan membuat lawak.. Kiranyer saya nie seorang yang Happy Go Lucky la kan? TAPI di sebalik Happy Go Lucky saya tue, saya adalah seorang yang Cepat Menangis ! ngee

Saturday 13 April 2013

Mohon HidayahMU Allah

"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya kecuali Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan manusia adalah sangat sukar, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadang-kadang orang menghukum saya untuk kesilapan yang saya tidak lakukan, Allah tetap disamping saya dengan memberikan hembusan kekuatan kesabaran agar saya senantiasa bertahan dengan segala dugaan yang mendatang. Ya Allah Maha Agung, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang, dan segala pujian milik-Nya."



Berikanlah hidayah Mu Ya Allah kepada HambaMu ini... Terangilah jalan2 hambaMu ini agar perjalanan yang berliku akan di jalani dengan mudah..Insya Allah.. Amin. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbuku di hati kecil ku ini.


Thursday 4 April 2013

HUKUM Tidak Membayar hutang


Soalan :

Ustaz, apa hukumnya jika seseorang itu tidak membayar HUTANG?

Jawapan :

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)


Sekian... bersambung di next episod sbb tak sempat nak menaip kenapa saya updated skrg ea... huhuhu

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates