Blogger news

Thursday 20 September 2012

Pesanan buat papa

Kepada : Erul Aiman

Perkara : Pesanan Cinta

Papa, jaga diri baek2, if sakit mamam ubat, jgn luper bawak vick sbb pa selalu selsema, if batuk jgn makan goreng2 manyak, ais batu kurangkan bile pa sakit, pagi2 bangun awal, kalau boleh plng lambat jam 9.am biar rezeki masuk, ari jumaat jgn lalai sbb pa kena g solat jumaat. kalau stress mamam cekelat boleh melegakan tekanan. kalau rindu pakai jaket ma kasi. SA SYG Syed  Amirull Aiman seikhlas nya dari hati paling dlm ma... Insya Allah...



Daripada : Echah Aisah

Monday 17 September 2012

Pilihan Dan Kesempatan

Saat kita bertemu dengan seseorang yang amat sempurna, yang kita cintai dan kasihi, disaat yang tepat, di tempat yang tepat, dan diwaktu yang tepat. Itu adalah kesempatan.

Saat anda bertemu dengan seseorang yang membuat anda tertarik kepadanya. Itu bukan pilihan. Itu adalah kesempatan.

Selalu bersama dan bertemu dalam suatu waktu (dan ramai pasangan yang terus hidup bersama) bukanlah suatu pilihan. Itu adalah kesempatan.

Yang membezakan adalah setelah semuanya itu terjadi :

Jika anda memilih untuk mencintai seseorang, meski pun dengan segala kekurangannya, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.

Disaat anda memilih untuk bersama dengan seseorang tanpa mengira hal-hal lain, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.

Meski pun anda mengetahui ramai insan di luar sana yang lebih menarik, pintar, popular dan lebih hebat serta kaya daripada pasangan anda, tetapi anda memutuskan untuk tetap mencintai pasanganmu sebagaimana dia ada, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.

Cinta, suka, dan sayang datang kepada kita dari kesempatan. Tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh pilihan. Dan itu adalah pilihan kita.

“Nasib membawamu untuk bersama, namun untuk tetap bersama sampai akhir hayat, itu semua tergantung dari dirimu. Itu adalah pilihanmu”.

Saya percaya bahawa teman sejiwa itu benar-benar ada. Bahawa ada seseorang yang khusus diciptakan untukmu. Tetapi itu masih tetap bergantung kepada dirimu untuk membuat pilihan tersebut, apakah anda akan melakukannya atau tidak.

Kita mungkin akan menemukan teman sejati kita dengan kesempatan yang ada, tetapi untuk mencintai dan bersama dengan teman sejiwa kita, itu tetap menjadi pilihan kita.

Kita wujud di dunia ini bukan ditakdirkan untuk menjadi pasangan seseorang yang sempurna, sebab kita sendiri tidaklah sempurna, tetapi untuk belajar, bagaimana mencintai dan menjadi pasangan seseorang yang sama-sama tidak sempurna agar dengan ketidaksempurnaan itu tercipta surga kecil di dunia ini. Dan itu juga adalah pilihan.

Segala-galanya bermula dengan kesempatan kemudian disemerakkan dengan pilihan yang lahir dari sanubari yang tulus ikhlas.






NOTA HATI
Memang kita hidup di dunia ni kalau boleh nak semuanya PERFECT!!.
Saya cuba menghidupkan kesempurnaan itu dengan kasih sayang kita.
Saya sayang awak setulus dan seikhlasnya.
Itu Pilihan Saya.
Insya Allah.

Inai tema Polka Dot - zeRRa




...Wee...
...so chutekan...
saya pun nk mcam nim!!!!
kepada my muchuk, sila bawa saya ke sungai buloh sbb saya tak reti jalan sana
ahakssSSs
...booking taw zie...

Nanti tema wedding me 80% nak 
tema : POLKA DOT
ahKksSs
Mud giler Polka Dot saya nie.. jangan tak tahu taw..

Ada orang kata pemakaian inai nie haram...
Wei ko orang tahu dari mana?
meh baca link di bawah nim...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


     

Sunday 16 September 2012

AGar2 Oreo

Hai kekawan, memandangkan ramai yang inbox saya bertanyakan tentang resipi agar2 oreo, maka saya hupdate RESIPI AGAR2 OREO nim untuk kekawan mencuba... wee...

Bahan2 :

1 bungkus / 10 gm agar2 serbuk
750 ml air
160 gm gula halus
1 tin susu cair
1/2 serbuk koko / milo
1 bungkus oreo ( dalam 10 - 12 pcs )
* di buangkan creamnya, biskut oreo di patah2kan sebahagian dan sebahagian di blender hancur.
Perasa stawberry dan pewarna pink 
(boleh di ubah ikot kesukaan)

Cara2 :

1. Masak agar2, air dan gula sehingga larut dan kemudian masukkan susu. Kacau sehingga mendidih.

2. Asingkan kepada 2 bahagian, satu bahagian tu letakkan serbuk koko / milo dan sedikit biskut oreo yang telah di hancurkan.

3. Masukkan ke dalam bekas @ acuan. Sejukkan.

4. Sebahagian lagi masukkan perasa stawberry dan sedikit warna pink. Di biarkan di atas dapur dengan api yang kecil agar tidak sejuk sehingga lapisan pertama keras.

5. Apabila lapisan pertama hampir keras tuangkan untuk lapisan kedua dan taburkan biskut oreo.

6. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik dahulu sebelum di masukkan kedalam peti sejuk.

cun kan hasil nyer.... weeeee mud pasan lak


TiPs

Awak, nie saya nak bagi tips untuk melapiskan agar2 kiter untuk kelihatan kemas.

* Jangan biarkan agar2 di lapisan pertama itu terlalu keras sebab lapisan kedua tidak melekat nanti.

* Jika di takdirkan ia telah keras, cakarkan lapisan pertama itu dengan garfu sebelum di tuangkan lapisan seterusnya.

* Pastikan agar2 masih panas untuk di tuang ke lapisan kedua dan seterusnya supaya agar2 kiter melekat dengan keadaan yang baik..

weeeeee.. buat manyak2 masukkan dalam peti sejuk, if ade org dtg pun ley terus kuarkan.. syok nyer jadi suri rumah. Walaupun bekerja tapi tidak abaikan tanggungjawab.


Selamat Mencuba

Khas buat teman


Alkisah bile berkapel2

perempuan yg tengah sedih sbb tak ada pakwe :
wehhh bukan kiamat pun lah kalau kau takde pakwe pun , okay mmg lah susah sbb well di-sekeliling kau penuh dgn couple2 yg sweet semua , pastu blog pulak skrg penuh dgn cerita cinta je memanjang , tapi fikir macam ni ah okay , satu hari nanti ada jugak untk kau . kalau kau penat tunggu dan bantai je yang kau jumpa kat facebook , one day kau akan menyesal . takdir kita tak boleh nak lawan . jangan ah hidup hanya untk cinta sbb bila cinta tu hilang , kau boleh jadi manusia yg hidup tapi dah mati . sbb apa ? sbb cinta kau mati . tak rock ah . try lah fokus kat benda lain selain cinta ni . cinta mmg lah indah tapi bila cinta dah hancur kau akan rasa baik kau tak bercinta in the first place . percayalah .

perempuan yg tengah nangis sbb pakwe curang :
Pernah dengar pasal karma tak? kalau tak kau pergi google sekarang . what comes around goes around darling . lupakan lelaki tu , kalau dia dah ada yg lain kau nak kesah apa lagi wehhh , tunjuk middle finger dah lah wehh . kau boleh nangis kalau kau rasa tu boleh buat kau feel better tapi lepas nangis kau kena bangun dan tunggu pakwe baru! bukan sorang je lelaki je kat dunia ni , bukan sorang je lelaki yg special . remember this , he is not worth it . okay ? biar dia menyesal curang dulu.

perempuan yg tengah gaduh dgn pakwe dia or dah break :
when its over , IT IS OVER . cinta boleh datang dan boleh pergi wa cakap lu ! Allah boleh bagi cinta tu dan bila-bila masa je Allah boleh ambil balik wehh . kalau dia untk kau , everything will be fine later tapi kalau dah sah2 dia bukan utk kau, redha je lah. kita manusia , bukan tuhan . tak semua kita nak , kita dapat. kalau kita rasa lelaki tu dah bosan dgn kita dan tak menghargai kita , just move on with your life ! fikir ah , sampai bila kau nak sedih muram mcm ni ? kau masih muda wehh . tak payah nak kesal2 sgt ah cita dia . lain ah kalau kau dah 'buat' dgn dia , pastu dia tinggalkan kau , tu pandai2 ah kau handle .

perempuan yg rasa tak dihargai :
sayang , lelaki tu makhluk yang sukar difahami . kadang2 dia bukan macam kita , dia takkan tulis pasal perasaan dia dlm blog mcm orang lain , kadang2 dia tak akan buat benda romantik mcm yg kita nak , dia tak cerita pasal gf dia kat kawan2 dia yg lain . lelaki ni ego tinggi , (okay okay bukan ego , maruah tinggi , fineee) , kita kena faham . selagi dia cakap dia sayang kita dan kita tak nampak tanda2 dia curang , stay with him :) you will be fine . Tapi bagaimana jika dia cakap sayang tapi masih berpoya-poya denga perempuan lain? Sila berikan komen anda ea... i waitting ur comment dear..ahaksz

Apa pun , bagi aku setelah kita berusaha menjaga perhubungan , yang lain serahkan kepada Allah.. pesanan kepada my papa , plz jaga hati mama jua , mama sayangkan papa seikhlasnya . Moga Allah selalu mendengar luahan hati hambanya. ~ Saya sayang awak sesangat, saya harapkan perhubungan kita akan kekal hingga ke taman syurga firdausi walaupun saya bukan yang baek , tapi saya sudah berusaha menjadi yang terbaek dari segala hal , Insya Allah , Amin.


Friday 14 September 2012

....uuwaaa....

Erm..



Tumblr_lr2ohqao531qdst0bo1_500_large 

Saya MenGaLaMi seSuaTu PeRasaAn,
SaYa NaK BerCeriTa,
Tapi kePaDa SIapa?
MerEka tiDak meMbaLas PesAnaN saYa

Mud : KoSoNg

Thursday 13 September 2012

Perkara : AWAK!!

kepada :
1533 dunia surat cinta
Lambaian senyuman
Surga cinta

Daripada:
3511 dunia kesayang saya
kasih sayang milik kita
syurga rindu

Perkara : AWAK!!
 
Awak mungkin jenis perempuan yang boleh mencintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan…

Kita hidup sekali,mati sekali dan menyintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..

Bagaimana saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak..

Awak,

Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, ini lah jawapan saya :

“Kalau suatu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu saya akan bisu selamanya….

“dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini….’

Semuanya untuk awak…

Seseorang telah berkata,

“if you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place’

Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya terus di sini. Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan merasai saya di sisi awak. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya. Saya juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan ada di samping saya. Itu adalah harapan saya dan saya berharap ketentuan tuhan pada saya, saya percaya, mungkin ia yang terbaik.. Awak, jangan letih menyintai saya. Tolong awak, jangan pernah sakiti hati saya. Saya sayang awak selamanya
 
Yang Benar
Ms Cekelat
 

Maaf di ari khamis

"Assalamualaikum awak",
dia cuba untuk berbual dengan saya sewaktu terjumpa di lobi tadi.
"Waalaikumussalam".

siYes.. line clear punya. Ada peluang cabut ni..
Haha..
"Awak…."
Belum sempat dia nak habiskan ayat mengedik, saya mulakan langkah pertama untuk pergi.
Macam tu saja?
weeee tak pandang lebih2 langsung!
Maaf ea awak..
Sekadar senyuman menampakkan lesung pipi saya ini!
Tak patut betulkah saya ni!
Ish..!!
KRING!! KRING!!
Sonny saya membingitkan gegendang telinga saya!
....Panggilan dari dia....
Arghhh buat2 tidak dengar! Opsh gitu..

Tet Tet Tet!!!
Sonny saya membunyikan soundnya!
Pesanan ringkas dari dia...
"$*&*(*&*^%#@$$!@$%^&*(^*)"

Maaf ea, saya tidak berminat dengan
"MaMat PlayBoy"

~Sekian~

Wednesday 12 September 2012

Mud : :'( ari nim


                   tcs_cry.gif                                     tcs_cry.gif                                                    tcs_cry.gif

 tcs_cry.gif                          tcs_cry.gif                                                         tcs_cry.gif

                                                                      tcs_cry.gif                    tcs_cry.gif            tcs_cry.gif

tcs_cry.gif                                                   tcs_cry.gif                                                    tcs_cry.gif

                                          tcs_cry.gif

                       tcs_cry.gif           

                                                                                              tcs_cry.gif      tcs_cry.gif

          tcs_cry.gif

                                                              tcs_cry.gif                                                    tcs_cry.gif

                                        tcs_cry.gif                                      tcs_cry.gif

tcs_cry.gif      tcs_cry.gif               tcs_cry.gif           tcs_cry.gif                                   tcs_cry.gif             tcs_cry.gif

BUAT-BUAT BODOH



Woiii bodoh!!!..

korang marah tak kalau ada yang panggil korang macam tu?..mestilah marahkan, orang pekak je la agaknya yang tak marah kan..hehe.. tapi kalau orang pekak tu pandai baca, dia pun akan marah sebab reti baca signboard tu. wakakakkakaaa

Biasanya orang yang dianggap bodoh akan mudah di buli oleh orang lain disebabkan kebodohannya tetapi aku pasti tidak ramai yang akan mengaku bodoh walaupun sering di anggap bodoh. Kalau disebut atau di gelar bodoh sombong itu pun termasuk juga dalam kategori bodoh, dah la bodoh sombong pulak
..ishhh...

Macam mana pulak dengan buat-buat bodoh? pernah dengar? kalau korang tak pernah dengar, meh sini aku kasi tahu. Maksudnya seorang yang menganggap dirinya bukanlah bodoh tapi sengaja buat-buat bodoh atas sebab-sebab dan tujuan tertentu. Siapa?Akulah orangnya hehehe..aku rasa aku ni taklah bodoh tapi aku lebih memilih buat-buat bodoh dalam situasi kini.
tapi kenapa?
mestilah ada sebabnya aku buat macam tuuu...
Sebabnya aku nie berpikir bijak dari kau!!! Aku malas kau peralatankan aku  dengan kemahiran aku ada, bagus nyer aku buat2 bodoh daripada aku buat2 pandai macam kau wahal kau buat tu semua kerja BODOH !!! ambik kau... wei, aku nim sekadar nak ingatkan diri aku, bertindak atas arahan dan fakta bukan bertindak atas emosi yang TAK ADA MATLAMAT.

Dalam mempelajari dan mendalami berbagai perkara inilah yang sering aku praktikkan untuk mencungkil sebanyak mana ilmu, tips atau info dari orang lain.Memang benar kita boleh mendapat ilmu melalui pelajaran di sekolah atau kita boleh mencarinya di dalam internet atau buku bacaan tapi tidak semua kita akan dapat dan fahaminya dengan mudah. Kefahaman kita akan menjadi lebih mudah berdasarkan apa yang kita lalui dan praktikkannya dalam kehidupan kita dan itulah yang dikatakan sebagai pengalaman.

Ramai yang aku perhatikan lebih gemar berlagak pandai padahal apa yang dia tahu hanyalah perkara asas sahaja tapi cakap macam dah tahu segalanya. Sikap ini sebenarnya merugikan diri kita juga sebab pengetahuan kita hanya terhad di situ saja. Dalam mencungkil atau mendalami ilmu pengetahuan bukan semua orang bersedia untuk berkongsi pengetahuan atau ilmunya dengan kita lebih-lebih lagi seseorang yang berjaya memperolehi ilmu tersebut melalui pengalamannya sendiri.

kes BODOH sombong
Sebagai contoh kat opis aku ni, adalah si jenab tu , baru masuk, tapi berlagak nyer bukan main lagi... kau ingat ijazah kau tu besar sangat ke nilai nya ? 

Meh sini !
Terangkan kat aku kenapa aku nak respect kau tu... 
kau ada pelajaran ke? aku pun ade !!! 
kau ada kepandaian ke? aku pun ade !!! 
kau punya pointer 3.20 ? aku lagi lah 3.78 relax je !!! 
kau ada kereta? aku pun ada
kau ada pengalaman kerja bertahun2? aku pun ade dan mungkin pengalaman aku lebih sikit dari ko!!! 
kau ada kemahiran ? aku ade !!! kau ade? kau ade pengetahuan berapa peratus untuk support kerja aku? kalau setakat 10 % itu pun sekadar teori je, baik ko diam2 sana.. baik ko belajar curi ilmu aku dengan cara baik... kau ingat aku nak curahkan ilmu aku nim dengan senang2?  
orang berbudi, kiter berbahasa dan kalau orang tak reti2 bahasa 
..pergi lah mampus.. 
ade aku kesah? 
..........wakakakakaa....
Aku tak rugi apa2 pun.. gomen tetap bayar gaji aku macam biasa !!! 
puiiihh

Ramai yang berpendapat kalau kita buat bodoh nanti kena tipu dan kita pun tak suka orang anggap kita ni bodoh kan? dan kalau kita bodoh tapi berlagak pandai lagi suka dia orang tipu, minta di jauhkan aku jumpa orang macam nim... Penat sudah aku jumpa orang melayu macam nim.. nim baru lah betul orang kata "BODOH SOMBONG !!" apa lah lagi, cara terbaek aku "Buat2 Bodoh" kepada orang tersebut. Dari aku baik2 nak curahkan ilmu aku terus aku buat seperti Nabil "lu pikir la sendiri".. 
....la la la...

Itu adalah salah satu contoh pengajaran yang aku rase suai dengan timbal balik perlakuan kamu... sila lah duduk di takuk
"BODOH SOMBONG" kau ea... ada ijazah pun tak guna kalau tak reti guna otak... zaman sekarang nim orang fikir cara kreatif selesaikan masalah... bukan asyik ikut buku teks !!! kekadang kehidupan ini perlu di ubah suai mengikut keadaan semasa..

Kes Buat-buat bodoh
Contoh lain yang paling mudah seperti kita pergi ke pasar. Kita dah tau ikan yang dah pecah perutnya mestilah ikan tu dah tak elok kan? tapi tak ada salahnya kalau kita buat-buat bodoh dan bertanya " ikan ni elok lagi ke? " dan kemudian tauke ikan tu jawab " elok lagi laa.. lu tengok dia punya insang merah lagi woo..dia punya perut pecah sebab ini ikan tak tahan " kita tanya lagi " tapi kenapa ikan lain perutnya tak pecah?" dan dia akan jawab " ikan lain baru lagi maa..ini ikan kalau lambat sikit memang tak tahan punya dia punya perut senang pecah.. lu sukala mana mau angkat "..haaa!! kan dah kantoi tu dan kita juga dapat belajar satu perkara iaitu ikan yang pecah perutnya dah tentu ikan yang lama..kan?

Itulah antara contoh bagaimana aku belajar dan mengutip pengalaman serta membina keyakinan dalam banyak perkara. Mungkin korang juga ada cara korang sendiri kan? tak kiralah apa jua caranya yang penting kita dapat belajar bermacam perkara supaya kita tidak mudah di tipu kerana zaman sekarang ada yang belajar untuk menipu dan ada terus belajar agar tidak tertipu..

Korang pilihan lah haluan tersendiri, samada korang nak jadi
BODOH SOMBONG
atau
BUAT - BUAT BODOH

LegoLanD Malaysia, Medini, Nusajaya, Johor

Kalau Ko orang Free ko orang g lah sini...
..mcm Disney Land..

wakakakakkaa

Tiket skrg lagi tgh promosi taw.. 
yeahhhh























Penat la... Asyik Snap Je.. Pic sendiri xde

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates