Blogger news

Thursday 30 August 2012

Aku sayang Kau


" Dan bila ku terjatuh oleh cinta
Tolong bangunkan ku dengan bangga
Dan bila ku terluka karena cinta
Sentuhlah ku penuh mesra
"

Aku sayang Kau !!! 
adakah perasaan kita sama?

"CINTA mmg pelik dan saya rasa lagi pelik kerana saya masih di sini bersama CINTA"

Wednesday 29 August 2012

Aku rase nak hangen je ari nie!!! SERIUS !!

Ceh !!!! hangen taufan melanda aku nim.. semua orang namau bertanggungjawab !!! elo pakcik... mana pos laju haku !!! SERIUS macam nak lempang laju2 je sapa2 yang hilangkan pos laju aku tu...

ko orang nak bukti ke? nah ambik nim aku tepek !!!!

~ kan... dah smpi 23 ogos 2012 ~

aku tak kire apa pun terjadi !!! aku nak unit pentadbiran kena cari jugak surat aku tue satu JABATAN nie !!! sebelum jam 12.00 tghari nie aku NAK !!!!

MUKTAMAD !!!!

haku tak kesah cara apa pun... yang aku tahu jam 12.00 tghari surat tue ade atas meja aku !!!

. FULL STOP .

Tuesday 28 August 2012

Gedebuk untuk Otak !!!



Pening aku tgk2 hal sekolah2 nim...
Mcm tak reti je wat kerja!!!

Monday 27 August 2012

karya surrealistik Jacek Yerka - Poland


Saya antara peminat karya termasuklah lukisan2 yang di anggap berpotensi untuk menceritakan sebuah kisah.. Mari lihat karya surrealistik Jacek Yerka, artis yang berasal dari Poland. Wow.. super kan...... wink wink






Aku KAguM Seh!!!!

Sunday 26 August 2012

SuRat Hati daripada HambaMu


Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.

Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Jauhilah aku dari sifat riak dan bercakap takbur.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday 21 August 2012

Syukur buKan seKaDar gaMBar

:)

 Gmbr simple JE kan tapi mempunyai maksud yang MANTAP


so, kita jangan suke menilai orang dari luaran sahaja tanpa mengambil kire apa yang tersirat..OPSHHHh... maka pengajaran yang boleh kiter ketahui melalui gambar ini adalah "anggaplah kelebihan itu sebagai bonus dan terima kekurangan itu sebagai satu keunikan... Insya Allah keunikan itu ada sesuatu yang amat bernilai yang kita tak nampak sekarang..."

~Setiap rezeki datangnya drpd Allah. Bersyukurlah dgn ketentuaan-Nya~

Thursday 16 August 2012

leb itam

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima, Insya Allah.




Warna Warni Cinta




Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, caraku menatap alkisah kehidupan denganmu, caraku tersenyum di saat gurauan senda mu di talian telepon.. siyes.. cinta bagiku sesuatu yg unik & anugerah. ~ i LoVe u~

Wednesday 8 August 2012

Tenkiu Wake up me everyday for S.A.H.U.R



Saya akui saya memang anak manja dari kecik..
Dari kecik saya di manjakan oleh arwah nenek..
Bila saya berjinak2 duduk ngan mak dan abah,
mereka memberikan kasih sayang melimpah ruah..
Terima kasih semua..luv u all

Dalam manyak2 benda yang paling saya susah nak lakukan adalah bangun S-A-H-U-R !!
Opsh...
Sampai ramadhan kali ini saya memang tidak terpikir saya boleh bangun sendiri..
Naseb baik ade my LoVe hati saya yang setiap hari sebelum imsak akan mengejutkan saya.

Terima kAsih SAA
Insya Allah saya akan mengejut awak pula bila sampai waktunya nanti... 
Itu janji saya..

Tuesday 7 August 2012

Moga Sampai Ke Destinasi yang Tepat

~ salam sayang buat kamu ~
sempena ramadhan

Monday 6 August 2012

ANDAI LELAKI TAHU...BETAPA SAYANGNYA WANITA KEPADA MEREKA...


ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan menangis mesti ada sebab kerana perempuan bukannya mudah untuk menangis, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.Perempuan menangis bukan kerana dia lemah. Perempuan menangis kerana menangis kerana dia tidak mampu lagi menangis di dalam hati, Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan atau ditanggung seorang.

ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday 4 August 2012

•❤• Kasih Sayang Seorang Abah •❤•

Jalan pun sesak bagai... hujan lebat sangat hari ini.... tapi abah saya tetap setia menunggu kepulangan anak2nya di pintu pagar umah kami dengan setia.... terharu kan? Ari nim keempat empat anak abah balik dalam keadaan jalan yang amat sesak !!! di tambah lagi ujan lebat membasahi bumi Allah.... huh..... bila ternampak abah di muka pagar umah terasa lega.. 

kami sayang abah, kasih sayang abah tak terbalas oleh kami,
jika kami nanti mendapat suami,
adakah seperti sifat abah yang setia..
e'wah.. melalut lak !!!!
kui kui kui

Terima kasih abah, sayang abah



- Kak Long -

Thursday 2 August 2012

BezaNya kiasan Hadiah Tertutup dan Hadiah Terbuka

Yeahhhhhh  ahhhhhh...
Mari conteng2 belog dulu cyunk !!!!

awak tahu tak hadiah tertutup itu selalunye di baluti kemas dan sempurna itu menarik minat ramai orang untuk mengetahui apa yang terkandung di dalamnya dan selalu kita berfikir di dalamnya adalah sesuatu yang amat berharga walhal kita belum lum tahu apa isi di dalamnya.. yang nyata kita nak tahu kan apa yang ada di dalam kotak tertutup tu kan.... TeRuJa AkU taw!!!!! wah...... mahalnya sebab tu lah terbungkus rapi !!! mampukah aku dapatkannya?

awak, di satu sudut lagi, saya ingin memberi tahu awak, iaitu hadiah terbuka...awak pernahkan pergi ke pasaraya2 ataw gerai2 tepi jalan.. nampakkan telap2 kuih tu...? selalunya bekas kuih warna tranperant kan? ia di katerogikan bekas tertutup dan nampak isi didalamnya..so dari jauh lagi dah tahu apa yang ada dalam bekas tersebut.tulah ibarat hadiah terbuka....so tak perlu susah2 nak kepoh2 tahu apa isi dalamnya kerna sekali pandang dah tahu... silap2 siap ade offer lagi 3 balang RM50.00. Murah!!!!! Murah!!!!!! ade sale lagi....


So, begitu jua dalam kehidupan kita ini, jangan biarkan keperibadian kita terbuka, "barang murah" mudah didapati tapi "barang mahal" susah untuk di miliki dan sekali dimiliki kita akan rasa itulah hadiah yang paling berharga buat kita dalam kehidupan kita... :D


~kiasan buat seseorang~ 

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates