Definisi menutup aurat itu bukanlah bermakna memakai tudung labuh. Tak kisahlah pakai kain kapas ke, seluar jeans ke, hatta kalau hendak pakai kotak sekalipun boleh, janji menutup aurat dengan sempurna (tutup ya, bukan balut!).
Tapi, bagi yang baru hendak mencuba-cuba menutup aurat, tentu susah kan hendak melatih diri? Rasa malu, segan, dan rendah diri pasti ada. Maklumlah, sebelum ini asyik melawa aje. Lepas ini kalau pakai tudung tutup dada, dah tak pakai mekap, rupapun dah nampak macam ostajah, mesti dah tak ada orang nak mengorat kan. Dahlah tak kahwin lagi. Hai, rugi rugi... Hihi..
Bagi saya, sebenarnya tak perlu berubah secara mendadak. Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah kenapa kita perlu menutup aurat? Umum sudah mengetahui, berbanding dengan lelaki, perempuan adalah makhluk yang sangat cantik kejadiannya. Lirik matanya, suaranya, senyumannya, cara berjalannya, semuanya cantik dan menarik.
Cuba tengok ini, lelaki; walau dimekap dengan alat mekap cap MAC atau Maybelline
sekalipun, tetap buat orang muntah hijau berbakul-bakul! Ah, tak lalu!
Memakai mekap, sebenarnya ia memberi tanda bahawa orang itu sebenarnya tidak yakin dengan dirinya sendiri. Kalau lelaki boleh keluar rumah tanpa mekap, kenapa pula tidak perempuan? Kalau lelaki boleh nampak hensem dengan hanya berkain pelekat dan berbaju Melayu, kenapa pula perempuan tidak boleh nampak cantik dengan hanya berbaju kurung? Its just that 'thing' in our mind only.
Jadi, belajarlah untuk mengenali keistimewaan diri sendiri, dan belajarlah untuk menghargainya. Kerana biasanya, apabila kita menghargai sesuatu, secara otomatik kita akan menjaganya dengan bersungguh-sungguh. Apabila tiada rasa penghargaan itu, membuatkan kita melakukan yang sebaliknya.
Seterusnya, bergaullah dengan orang-orang yang penampilan dan akhlaknya lebih baik dari kita. Perhatikan mereka. Jadikan mereka idola kita. Tanamkan di dalam hati, suatu hari, aku mesti jadi macam dia juga. Kalau dia boleh berada di khalayak dengan penuh yakin di dalam pakaian yang menutup aurat begitu, kenapa pula tidak aku? Cabarlah diri sendiri.
Juga, selalulah bertaubat dengan meminta ampun daripada Allah. Kerana, hati yang hitam dihijab oleh dosa, tidak mungkin hidayah akan masuk ke dalamnya. Mungkin kita tidak mampu untuk bangun bermunajat di malam hari, tapi carilah waktu untuk melakukan solat sunat taubat di siang hari. Hanya dua rakaat seharipun sudah memadai. Berdoalah dengan bersunggguh-sungguh kepada Allah.
Gantungkan harapan kepadaNya setinggi bintang di langit, dan rendahkanlah hati serendah mutiara di dasar laut.
'Ya Allah, aku ingin sekali untuk mengikuti syari'atMu. Namun aku terlalu lemah ya Allah. Aku tak kuat. Aku tidak faham ya Allah. Aku mohon Kau berilah aku petunjukMu. Temukan aku dengan orang-orang yang boleh membimbingku. Tolong aku ya Allah. Aku tak sanggup untuk masuk nerakaMu di atas kejahilanku ini. Berilah aku kekuatan. Tolonglah ya Allah.'
Cubalah untuk istiqomah di dalam berdoa dan bertaubat kepada Allah terlebih dahulu. Dekati teman-teman yang solehah. Hadiri majlis-majlis ilmu dan carilah bahan-bahan bacaan yang boleh membantu kita di dalam menambahkan kefahaman kita. InsyaAllah, hanya dengan sebuah keazaman yang teguh sahajalah, kita mampu mengubah diri kita sendiri. Kekuatan itu pasti akan datang.
"...Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang kembali kepadaNya (dengan taat)." [42:13]
Sebelum saya meletakkan kalam, saya ingin sekali meninggalkan anda dengan sebuah analogi ini. Apabila kita ingin membeli kasut di supermarket, biasanya kita mesti akan meminta a fresh pair of shoes from the closet kan? Jarang kita membeli kasut display, melainkan jika sudah kehabisan stok. Kenapa ya, kita tak mahu membeli kasut display? Kerana ia telah 'lunyai' dicuba oleh banyak kaki, berbeza dengan kasut baru yang tersimpan kemas di dalam kotak di stor. Ia terjaga rapi, bersih, dan wangi.
Jadi, jika kasut pun kita pilih yang tersimpan di dalam kotak, kenapa pula diri kita yang jauh lebih mulia daripada sepasang kasut di kaki ini, kita biarkan 'LUNYAI" dinikmati oleh mata-mata sang lelaki dengan sewenang-wenangnya? Haa, cemane nak jawab tu??
Awak, jom teman saya beli kasut !!!!!
plzzz my CekeLat
0 comments:
Post a Comment