Blogger news

Tuesday, 20 March 2012

Perjuangan Naluri Kasih Abadi





Awak..
Tika ini dan saat ini...
Hati saya merintih dan menangis..
Bukan sahaja hati..
Malah..
Jiwa saya turut terluka...
Saya telah berusaha awak..
Berusaha unk menjadi terbaik..
Namun..ianya bukan semudah itu..
Pelbagai dugaan melanda..
Perjalanan hidup saya goyah awak..
Makin rapuh..dan makin hanyut..

Awak..
Berhadapan dengan awak..
Membuatkan saya bisu tanpa kata..
Membuatkan saya kabur tanpa dapat melihat lagi
Membuatkan saya tuli dengan kata 2..
Tapi awak..
Saya juga punya perasaan..
Dimana ..setiap sesuatu yang saya rasai..
Pasti tiada penipuan dari hati..
Pasti tiada..semua itu awak..
Kerana hati saya sentiasa jujur pada awak

Awak..
Kesakitan yang awak berikan..
Saya tangani dengan renjisan kesabaran
Kata kata yang menguris hati saya..
Saya tenggelamkan dengan hembusan kekuatan..
Hentakkan emosi yang awak lontarkan..
Saya hapuskan dengan senyuman berpanjangan..
Semuanya kerana awak..
Kerana awak..yang saya sangat cintai..
Saya telah buta kini awak..
Buta dalam cinta..
Yang saya perolehi dari awak..

Awak..
Andai..suatu hari nanti..
Saya tidak lagi bisa bertahan melalui semua ini..
Maafkan saya awak..
Kerana di saat itu..
Saya pasti berlalu dalam kehidupan awak..
Dan perginya saya..
Tanpa pernah akan menoleh lagi..
Maafkan saya..awak..
Jika itu yang akan berlaku..
Maafkan saya..
Saya sayang awak sedalam-dalamnya..

misyu 4ever kesayangan saya



p/s : baju awak saya pinjam kemarin, moga ia akan jadi kenangan kita bersama... bauan baju itu akan menjadi bauan rindue saya dan awak hingga bila2.. insya allah.. saya mengorak langkah dulu ea awak.. kerna awak sudah ada penganti saya.. saya sedar saya tak layak mendamping awak, just saya nak awak tahu, saya sayang awak seikhlasnya dari perasaan yang teramat suci..:)

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates