Blogger news

Tuesday, 6 March 2012

Kenapa saya perlu bersedih?





Suatu hari, seorang anak gadis yang sedang putus cinta menangis di atas buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “Kenapa kamu menangis wahai anak gadis?.. hentikanlah air matamu.”

Anak gadis itu menjawab, “Saya sangat sedih , kerana dia meninggalkan saya.”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak gadis... kamu bodoh sekali!”

Si gadis itu tersentak lalu bertanya kepadanya, "Kenapa berkata begitu.? Saya sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagi saya, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujuk saya , tetapi jangan sesekali mentertawakan saya.”

“Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.

Si 
gadis itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan saya?”

“Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak gadis
 itu dan terus berlalu pergi.

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates