Blogger news

Friday, 16 March 2012

..Nak berkata-kata, fikir dulu. Jangan cakap ikut mulut je..




 
Awak, saya pun tak tahu nak letak apa-apa harapan pun dalam perhubungan kita. Saya tak nak kecewa lagi pada masa akan datang. Biarlah orang cakap saya bodoh, saya tak kisah sebab mereka bukan diri saya. Mereka hanya tahu bercakap jer. Saya tak tahu apa harapan awak untuk kita berdua tapi saya harapkan yang terbaik dari awak. Saya tak nak awak anggap saya ni barang permainan awak. Saya tak suka!!!

Awak, saya tahu awak dah besar. Dah dewasa dah pun malah dah pun. Dah 30 tahun dah umur awak tapi awak kena faham hidup ini hanya sekali.. dan hidup ini bukan mainan. Kadang-kadang saya tak paham apa yang awak cuba sampaikan. Saya tafsirkan kata-kata awak melalui kepala otak senggal saya ni. Saya tahu kadang-kadang awak bengang dengan saya sebab awak pernah cakap "..Nak berkata-kata, fikir dulu. Jangan cakap ikut mulut je.."

Awak, kalau betul lah awak sayangkan saya, tolong yakin kan perasaan awak tu kat saya. Tolong buat saya rasa awak memang sayang saya. Sebab bila saya rasa yakin, saya akan sayang dekat awak. Bukan bermakna saya tak sayang awak pada masa ini cuma sayang saya tu masih tak penuh lagi. Jadi, awak tolong penuhkan perasaan sayang tu boleh? Alah, untuk awak jugak kan?

Awak, awak memang baik. Saya tahu awak ni bukannya jenis yang suka show off perasaan sayang tu tapi kadang-kadang saya nak jugak awak menunjuk-nunjuk sikit perasaan awak tu supaya buat saya rasa gembira lagi. Saya nak jugak ada orang sayang dekat saya dan manjakan saya. Saya tak harapkan banyak dari awak cuma sikit jer.

Awak, saya tahu awak ni kadang-kadang jenis cepat pemarah orangnya. Saya cakap salah sikit, awak dah macam nak marah saya. Janganlah macam tu. Memanglah kadang-kadang saya bengong sekejap tapi janganlah macam tue. Kadang-kadang niat saya di hati nak bergurau jer tapi awak salah tafsirkan. Cubalah awak selami dulu hati saya ni. Cubalah awak paham niat dan maksud saya yang tersirat dulu sebelum cakap apa-apa.

Awak, kita bukan muda lagi. Jadi tolonglah kita saling lengkap menglengkapi  dalam menghadapi dunia luar tue. Awak bagilah saya kekuatan dan keberanian sikit. Sebab bila ia melibatkan hal awak, saya jadi semangat. Awak ini umpama dadah kat saya. Memberi semangat yang tinggi kepada saya untuk terus berjuang.

Awak, boleh tak kalau kita chat ker, msj ker, jangan tulis pendek-pendek sangat? Saya rasa macam tak best. Taiplah mesej awak tu panjang-panjang sikit. Nak baca pun best. Macam baca buku sikit. Ni tak. Asyik mesej-mesej yang pendek dan ringkas jer. Saya rasa macam membazir jer. Tapi awak cakap "..Kalau ia melibatkan awak, tak ada istilah membazir.."

Awak, saya nak awak tahu saya tak letak apa-apa harapan pun untuk kita berdua. Saya hanya nak biarkan masa je yang menentukan ke mana kita lepas nie. Kalau ada tempat untuk kita, adalah. Kalau tak ada, mungkin kita ditakdirkan hanya untuk berkawan :). Ini semua kerna awak pernah curang dengan saya, itu bukan permintaan saya… awak yang selalu berkata, awak suka die (perempuan manja itu), tapi awak sayang saya.. bagaimana itu awak? Pernah tak awak terfikir perasaan saya semasa awak berkata begitu? Cuba awak fikirkan jika saya buat begitu pada awak? Apa perasaan awak pula? hmm

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates