Saya tertarik dengan jalan cerita dan adegan sinetron “Jelita”
lakonan aktres jelita, Agnes
Monica.
Jalan ceritanya mengisahkan Bayu - Hero utama dalam
sinetron ini yang merupakan seorang anak orang kaya yang sangat membenci orang
miskin, kerana dia menganggap orang miskin itu pemalas, tidak berguna dan sampah
masyarakat…
Apakah itu realitinya?
Benarkah orang miskin itu
pemalas?
Bagi saya orang miskin tidak malas,
tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!
Oleh kerana malas untuk berfikir maka
lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan
berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.
Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk
dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha
menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk
menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang
rajin berfikir- Orang KAYA!
Mereka miskin mungkin kerana tidak
berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk
menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.
Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh
sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran
anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.
Berkerja keras tanpa menggunakan minda
seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.
Adalah jauh lebih baik anda berkerja
dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan
peluang yang ada.
Pernahkan anda membaca karya klasik
Napolean
Hill,
Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri
dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk
menjadi kaya! Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan
mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras
menuruti minda dan fikiran orang lain…
Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda
perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi
miskin…
Orang miskin tidaklah malas berkerja
tetapi mereka malas berfikir…
Fikir- fikirkanlah..
Salam kekayaan,
0 comments:
Post a Comment