Blogger news

Sunday, 4 November 2012

Daripada : Danau Hati

Kepada : Anda

Tajuk : Cinta ada untuk setiap daripada kita

Cinta ada untuk setiap daripada kita. Bahkan, ia telah ditentukan siapa orangnya yang akan menjadi kekasih Anda, bila Anda akan jumpa, di mana Anda akan  jumpa dan untuk apa dia ditemukan sebagai cinta hati Anda. Mesti ada hikmah di sebalik semua itu.

Jika Anda sedang mencari cinta atau tercari-cari makna cinta, sebenarnya ia dah ada di depan mata, cuma tak nampak kerana belum muncul di dunia nyata. Ia meminta Anda untuk percaya, barulah muncul di depan mata.Kita menjadi apa yang kita fikirkan. Jika kita percaya dengan cinta kita boleh bahagia lalu berjaya, maka itulah yang akan jadi dalam hidup kita.

Ia akan terjadi sebaliknya jika fikiran kita memikirkan dengan cinta hanya akan ada duka dan sengsara. Cinta bagi kita adalah lambang pada keperitan, perpisahan dan penderitaan landasan keegoan. Jika Anda percaya cinta rupanya begitu, maka itulah yang akan jadi dalam hidup Anda. Cinta penuh cerita duri keegoan.

Cinta akan terbentuk mengikut persegi kita. Jika kita anggap cinta membahagiakan, maka jadi begitulah ia. Jika kita anggap cinta hanya akan membuat kita derita, tiap kali kita nak bercinta maka itulah yang akan jadi. Ia direalisasikan kerana ia dah menjadi kepercayaan kita.

Untuk nak cemerlang, nak berjaya dalam dunia cinta, kerjaya juga perniagaan Anda, kena ubah apa yang merosakkan diri Anda untuk nak cemerlang, nak berjaya dalam kehidupan seperti insan lain, kerjaya juga perniagaan Anda, kena ubah apa yang Anda ada di dalam fikiran, Bina minda, rasa bahagia kemudian dengan sendirinya akan terbinanya stamina dalam diri Anda dan bertungkus lumus berusaha mencapai impian Anda. Buang sifat-sifat ego, ketidak percayaan dan rasa dendam maka selangi dengan hargai menghargai, kepercayaan, kasih sayang, hormati pendirian pasangan.

Sekian, Terima kasih

Daripada : Danau Hati

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates