Aku
tahu, kamu tidak pernah merancang untuk jatuh cinta, jauh sekali jika
kamu mengatur untuk kecewa kerana cinta. Kamu baik dan mulia, itu yang
aku tahu. Tapi semalam aku lihat kamu jatuh, tersungkur kerana kerana
cinta, mata kamu berkaca, sambil membersihkan lutut, kamu seolah-olah
kebingungan...
Aku tahu, kamu kuat. Sepanjang cinta itu, kamu telah peroleh pelbagai pengalaman dan kamu juga tahu beban kejahilan tentang cinta. Tapi apa yang paling utama, kamu punya alasan mekar untuk hidup... Cinta itu membuatkan kamu sedar akan sesuatu tentang kamu dan apa yang kamu perjuangkan. Tanpa mengira apa habuan cinta itu kepada kamu, kamu tetap sentiasa bersyukur untuknya. Aku bangga dengan kamu!
Walau pun kata cinta itu menikam kalbu, biar di soal rasa seribu di hati, aku tempuhi dengan redha! Namun aku tahu hati aku, Aku sayang kamu seperti dulu tak mungkin berubah. Jasad kamu lihat aku berubah tapi hati aku tetap utuh seperti dulu...
Sangat-sangat sayangkan kamu, kamu tahu?
Tentang aku yang sayangkan kamu? Kamu pergi dengan berjuta andaian, kamu
lari, tinggalkan kesayangan kamu & aku. Aku sayangkan kamu tanpa jemu.
Aku sayangkan kamu mengatasi batas ruang dan waktu. Mungkin zahiran kata
itu membuatkan kamu bisu, tapi itu katanya hati aku. Hati aku tak
pandai menipu!
Cinta, aku bangga dengan kamu!
... Tetap utuh selamanya ...
teda prejudis
... Tetap utuh selamanya ...
teda prejudis
0 comments:
Post a Comment