Blogger news

Sunday, 26 August 2012

SuRat Hati daripada HambaMu


Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.

Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Jauhilah aku dari sifat riak dan bercakap takbur.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah. Amin Ya Rabbal Alamin.

0 comments:

Post a Comment

close ur eye's hear this..

♥ DENGAN RESTU ALLAH S.W.T ♥

Angel Wing Heart

Template by:

Free Blog Templates