
Slurp.... Apa yang awak rase pabila hati dan perasaan di sakiti?
Sekali di sakiti ?
Mungkin boleh di maafkan... ye lah... kita kan umat Nabi Muhammad... Sedangkan Nabi Muhammad maafkan umat !!! e'wah.. ayat berkurun kan? ceh... tapi bagi saya, jika nak maafkan orang tu kena tgk situasi dan keadaan.. buang masa jer jika maafkan orang yang tak menghargai kemaafan orang lain... ko orang ingat ucapan maaf tu semudah makan kuaci ker? watchaakkkkk...
Kedua kali di sakiti?
Ragu-ragu melanda untuk di maafkan... lu pk lah sendiri....
Berkali-kali di sakiti?
Keadaan mcm nie buat tak tahu jer..
ada boleh, tak ada pun boleh... di sini di kira fasa kritikal.... BOMMmmm!!!
ko orang rase binatang tu guna otak tak untuk berfikir supaya tidak disakiti ataw merasa sakit? Mestilah kan? Tapi kalau manusia nie, ada otak dan tak guna otak yang di anugerahkan itu apa namanyer?
adakah lebih teruk dari binatang?
kau pk lah sendiri ngan otak udang kau tue !!! malas sudah nak tegur !!!
ko orang rase binatang tu guna otak tak untuk berfikir supaya tidak disakiti ataw merasa sakit? Mestilah kan? Tapi kalau manusia nie, ada otak dan tak guna otak yang di anugerahkan itu apa namanyer?
adakah lebih teruk dari binatang?
kau pk lah sendiri ngan otak udang kau tue !!! malas sudah nak tegur !!!
Tapi bagaimana pula untuk menjaga hati?
Menjaga hati itu amat payah taw...teringat pulak lagu menjaga hati (Yovie & Nuno)
"Biarkan, aku menjaga, perasaan ini oh.
Menjaga, segenap cinta, yang telah kau beri.
Engkau pergi, aku tak ‘kan pergi.
Kau menjauh aku tak ‘kan jauh.
Sebenarnya, diri ku masih,
mengharapkan mu......."
Apa2 pun, kdg2 kita memang kena jaga hati orang lain. tp masalahnya sekarang, kalau individu itu selalu mengambil kesempatan diatas perangai kita yang selalu menjaga hati orang tu macam mane?? haaa..itu yang paling tak disukai saya... !!!!! Bagi saya, yang kita buat kenalah sederhana...selalunya saya terpaksa berterus terang dengan individu2 yang hiprokrit nie.... bukan apa, saya buat demikian agar kali ini biarlah giliran saya pula yang menjaga hati sendiri...hahahaaa.... Marbeles toi statement saya nim....
Menjaga hati itu adalah perkara pertama harus wujud dalam apa jua perhubungan.. tak kirelah hubungan ibu bapa, adeq2, kawan2 dan KEKASIH hati... Semua perlukan penjagaan.. Penjagaan haruslah di mulakan dengan diri sendiri.. hormat menghormati perasaan dan hati pasangan.. tak adil lah kan jika pasangan anda sahaja menjaga hati anda, sedangkan anda macam beruk mak nyah yang bersuka ria dengan babon2 biadap!!!! sungguh tidak adil...
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai...Jika terdapat individual yang suka menyakiti dan menyalahkan orang lain itu maksudnya mereka berada di tahap pemikiran yang tidak rasional..mungkin sifat kebodohan itu dan pemikiran yang cetek itu memang hasil dari asuhan semasa kecilnya... berkatanya sumber itu kepada ayat begitu ialah kerana apa yang kita dapat masa kecil itulah sebahagian besar akan membentuk kita pada masa sekarang,dengan lebih tepat lagi, acuan pembentuk keperibadian seseorang itu... jangan tak percaya... fikirkan lah fakta berkenaan...
Secara rasionalnya bila seseorang itu sayangkan kita, tentulah dia akan menunjukkan rasa cintanya...dari tingkah lakunya dan personalitinya bahawa dia memang cintakan kita..giler ke apa, jika seseorang itu sayangkan kita, dia memaki kita?
Di satu situasi yang lain, bila seseorang itu sayangkan kita dan melakukan kesalahan, mestilah dia meminta maaf dan berusaha tidak menyakiti kitakan? giler ke apa, jika seseorang itu sayangkan kita, di rejam kita dengan kesakitan yang berterusan!!!!
Sebab tu lah saya nak tekankan di sini menjaga hati itu sesuatu yang "abstrak dan subjektif". Episod untuk menjaga hati ini tiada siapa yang boleh menjagakan untuk kita, melainkan kita sendiri yang menjaga hati dan perasaan kita... Dalam kita menjaga hati orang lain yang kita sayang, kekadang kita lupa yang kita telah mengabaikan segumpal daging...
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Segumpal daging itu adalah hati.”
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.
Daging yang mempunyai aura untuk menentukan kita gembira mahupun berduka yang lebih teruk lagi sengsara!!!!.. owh tidak.....daging itu jugak yang membolehkan kita menjadi kebal dari segala serangan walaupun di tikam dengan pedang.. pedang yang paling berbisa adalah kata2.. kata2 berunsurkan penipuan dan hiprokrit...semuanya tergantung dengan corak penaklukkan hati dan faktor didikan keluarga indivual..
Biarpun acapkali kita mengalah pada orang yang kita sayang tetapi sesekali ingatlah untuk mengalah kepada hati kita sendiri kerna hati kita jua berhak untuk di jaga... berhak untuk di pimpin... berhak untuk dibelai.. berhak untuk dikasihi dan paling penting berhak untuk dicintai selalu kerna KITALAH YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DI HATI KITA... dan yang paling penting hati kita bukan untuk disakiti... orang yang kurang siuman jer yang membiarkan hatinya disakiti...
Biar Allah sahaja yang memujuk hati ini. Dunia ini negara ujian. Tidak sunyi dengan ujian mendatang. Hati diuji bukan sekali dua, tetapi acapkali malah menyerang dari pelbagai sudut. Disitu perlunya ada hubungan hati dengan Allah yang sangat kuat. Sumber tenaga hati yang tidak putus. Dalam usaha menyediakan hati untuk manusia, jangan melupakan tuntutan untuk bawa hati ini 'bermanja' dengan Allah SWT. Dialah Tuhan kita. Dialah yang menciptakan hati kita. Lalu dimana selayaknya kita serahkan diri dan minta tolong.
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
Al-Fatihah: 5
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
Al-Fatihah: 5
Berjuang untuk tetap menjadi yang terbaik !!!
JANGAN biarkan hati Di sakiti !!!
JANGAN biarkan hati Di sakiti !!!
0 comments:
Post a Comment