Mud : SatuRDay Before gO BaCk HoMeT0wN
Antara kesukaan saya adalah membuat atau mencuba sesuatu... pelbagai cara untuk buat cistart sebenarnya.. tapi ini ikot resipi saya yang telah saya mencubanya dan menjadi..hahahha.. jika awak2 semua nak pollow yuk la salin... hahhaa
Bahan2 Pastri / kulitnyer :
450 gm tepung gandum (ayak)
250 gm mentega
100 gm gula kastor
1 biji telur (Gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:
☆ Masukkan tepung dan mentega dalam mangkuk yang besar, ramas dengan hujung jari hingga semua bahan sekata. Masukkan gula dan ramas lagi hingga sekata semuanya.
☆ Masukkan telur dan esen vanilla. Gunakan tangan, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
☆ Ambil sedikit adunan dan tekankan dalam acuan tat. Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan tat dengan cara menelangkupkan sahaja. Ia akan keluar dengan mudah tanpa perlu dicungkil.
Bahan Cheese:
250 gm cream cheese
50 gm mentega
50 gm gula halus
1 biji telur (Gred A)
Bahan lain:
Jem blueberry secukupnya
(Jem lain juga boleh, ikot citarasa anda.. tapi saya memang suke blueberry!!!)
antara jem2 yang pernah saya gunakan
Caranya:
☆ Putar semuanya sehingga kembang dan gebu. Supaya kerja anda lebih mudah, masukkan ke dalam piping bag. Begitu jua dengan jem blueberry. Masukkan dalam piping bag.. Picitkan jem blueberry ke dalam pastri / kulit tat tadi kemudian di turuti dengan bahan2 cheese yang telah di putar kembang... Hiaskan atasnya dengan sedikit inti blueberry atau warnaan cheese mengikut kesukaan anda seterusnya dilorekkan dengan lidi bersih. .Kemudian bakar cistart tersebut dalam 10 minit..
P/s : ☆ ~ Bakar jangan lama2, jika terlalu lama, nanti pecah di atas nya...
Siap PaCkinG!!!!!
yuk balik kampung.....la la la
0 comments:
Post a Comment