Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.
Cinta bagaikan bintang di langit sana.
Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan.
Jika diumpan dengan deria
--◕ rasa
--◕ sarat emosi
maka bersemi, mekar dan rendanglah ia.
Tetapi, jika diabaikan,
dibiarkan,
pasti akan layu dan kekeringan.
Cinta tidak lebih hanya satu perasaan.
Jika salah kendali, boleh jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita.
Tuhan dengar keluhan kita.
Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita.
Di tangan DIA ada ‘K-U-N-C-I’.
Dan,
kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
"HATI seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi KEBENARAN sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya..percaya atau tidak?"
Jika pintu itu ingin kamu buka,
Pasti ada kunci kan?
Jika hati itu ingin kamu teroka,
Pasti jua ada kunci yang akan membukanya kan?
Apakah kuncinya itu..??
Hanya hati dan diri jer yang mengerti semua ini
kerna semua ini bukan di rancang
tapi ia adalah secara kebetulan
so sweet Allah anugerahkan hati kepada umatNYa
bersyukur sangat mempunyai hati
Maka, di saat kunci itu sudah berada di tanganmu,
mengapa masih tidak untuk menghalakan ia ke pintu hati yang berhak?
hahahaaaa...
kerna belom pasti ea?
Kunci pembuka hati itu
Bersungguhlah berjuang melawan kehendak hawa nafsu,
yang selalu menyelewengkan kita daripada jalan di redhai
Jauhilah diri daripada rantaian mazmumah yang menipu..
Hindarilah maksiat kerna ia boleh menjauhkan kita daripada Rabbul Izzati..
Kunci pembuka hati itu
Bila indahnya tawakal kepadaNya engkau rasai
Zuhudlah dengan dunia,
kerna kecintaan yang melampau terhadapnya selalu melalaikan kita semua
Usah dituruti pujuk rayu si syaitan durjana
hingga bergoncang taqwa di dalam lubuk hati yang suci
:'(
Kunci pembuka hati itu
Tatkala Al-Quran menjadi ubatan hakiki
Sabda junjungan diiringi pencorak peribadi kita
Hanya itu bekal pedoman
penyempurna kepada akal manusia yang punya ilmu
Maka, di saat kunci itu sudah berada di tangan kita
mengapa masih enggan untuk menghalakan ia ke pintu hati ?
Adakah masih belum ketemui jawapannya?
~ MasTeR KeY ~