awak...
sampai hati awak buat saya begini...
kejamnya awak..
saya benci awak..
saya tak nak jumpa awak lagi..
awak...
sakitkannya hati ini dibuatnya
walau berkali kawan saya kata
awak ini pelik sikit..
tapi saya tak peduli..
awak..
memang betul pun kata kawan saya
awak memang pelik..
setiap bulan awak akan berubah sikap..
awak akan buat sesuka hati awak..
awak tak peduli tentang perasaan orang lain..
yang awak peduli hanyalah perasaan awak sendiri..
itu sebab awak kata
tak ada orang yang faham awak..
awak..
disebabkan sikap awak inilah
buat saya tertekan..
awak biarkan saya sakit hati dengan sikap awak
manakala awak bersenang lenang
seolah-olah awak tidak buat kesalahan
terhadap diri saya ini
awak..
saya masih lagi anggap awak sebagai teman saya
cuma buat masa sekarang,
saya masih tak boleh memaafkan awak..
saya masih marah dengan sikap awak...
maaf ye..
tapi awak jangan risau..
saya akan maafkan awak..
cuma saya perlukan waktu..
awak..
saya harap awak jangan terlalu angkuh
seolah-olah awak akan tahu
apakah tindakan saya seterusnya..
awak..
satu pesanan saya..
jangan lah awak menghukum semua orang
kalau hanya seorang yang buat awak sakit hati
dan tolong jangan sama kan saya dengan
kawan-kawan awak yang lain..
awak..
saya sengaja memberi peluang pada awak supaya saya tidak samakan
awak dengan kawan-kawan yang sebelum ini...
awak...
sampai hati awak buat saya begini...
tak pernah awak fikirkan apa yang saya rasa...
kejamkan awak!!!..
benci awak!!!..
tetapi kan awak....
nampak gayanya saya terpaksa samakan awak dengan kawan-kawan saya yang lain yang pernah sakitkan hati saya..
semoga awak bahagia dengan kehidupan awak sekarang...
dan saya percaya Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar..
Insya Allah...
0 comments:
Post a Comment